Info Semasa Dunia Muzik
Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.
LAGU HAK MILIK PEMILIK / PENCIPTA / SELEBRITI
Sedia makluman kepada semua masyarakat umum,
RANAUFM.My memperkenalkan kepada setiap Pemilik / Pencipta / Komposser / Hak
Milik Lirik mahupun Lagu yang dijaga sepenuhnya oleh Pemegang Amanah RanauFM
iaitu Manijeh Studio atas perjanjian-perjanjian untuk mengelak sebarang
daripada copyright oleh orang yang kononya miliknya yang asal.
Sila Baca peraturan-peraturan yang disediakan
kepada semua pemilik Artikel HAK CIPTA dibawah;
HAK
CIPTA
ASAS HAK CIPTA
Hak
Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa
tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka.
Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
KARYA-KARYA YANG LAYAK MENDAPAT PERLINDUNGAN
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :
1.
Karya sastera ;
2.
Karya muzik;
3.
Karya seni;
4.
Filem;
5.
Rakaman bunyi;
6.
Siaran; dan
7.
Karya terbitan
Karya-karya di atas adalah dilindungi
tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan.
Walau
bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea
dan tidak kepada idea, prosedur, kaedah pengendalian atau konsep matematik.
TEMPOH PERLINDUNGAN HAK CIPTA
1. Karya Sastera, Karya Muzik atau Karya Seni
Hak Cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni wujud semasa hayat
pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun
selepas kematiannya.
2. Filem, Rakaman Bunyi dan Pelaku
Hak cipta hendaklah wujud selama 50 tahun dari karya itu diterbitkan, dibuat
penetapan untuk karya filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, hak cipta itu
hendaklah wujud daripada persembahan dilakukan atau penetapan dalam rakaman
bunyi.
3.
Siaran
Hakcipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi sama ada
melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless), tempoh selama lima puluh tahun
hendaklah dikira dari mana siaran pertama kali dibuat.
HAK PEMILIK HAK CIPTA
1.
Hak Perundangan
Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberikan hak eksklusif untuk mengawal
di bawah undang-undang hak cipta. Hak perundangan yang diberikan kepada mereka
termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhakcipta mereka dalam kes-kes
pelanggaran sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pelakuan
jenayah, ia dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia.
2.
Hak Ekonomi
Hak ekonomi yang diberikan kepada pemunya hak termasuk hak pengeluaran semula,
hak penyampaian kepada orang ramai, hak untuk pertunjukan, tayangan atau
permainan kepada awam, hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh
dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hak Cipta
1987. Hak ekonomi membolehkan pemilik hak untuk memperolehi ganjaran kewangan
daripada penggunaan karya-karya beliau oleh pengguna atau tujuan komersial. Hak
ekonomi boleh diperolehi melalui penyerahan hak, pelesenan dan wasiat.
3.
Hak Moral
·
Hak Paterniti
Hak ini membolehkan penulis untuk dikenali dan menuntut keaslian ciptaan mereka
dikekalkan.
·
Hak Integriti
Hak ini membenarkan penulis untuk menghalang mana-mana pengguna dari
penyelewengan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain kerja-kerja beliau di
mana hasil daripada pengubahsuaian yang ketara akan mengubah kerja asal dan
menjejaskan kehormatan atau reputasi pencipta.
PERLANGGARAN HAK CIPTA
Sesiapa yang menggunakan mana-mana
karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan
pelaku, adalah merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Di
antara perbuatan pelanggaran hakcipta termasuklah:
·
pengeluaran semula apa-apa karya
berhakcipta dalam apa-apa bentuk bahan melalui tayangan, pertunjukan permainan
atau pengedaran kepada orang awam,
·
pengimportan salinan langgaran
karya-karya berhakcipta ke negara Malaysia untuk selain daripada kegunaan
persendirian yang dibenarkan;
·
pembuatan salinan langgaran karya-karya
berhakcipta untuk tujuan jualan atau sewaan kepada awam;
·
penjualan, penyewaan dan pengedaran
apa-apa salinan langgaran karya-karya berhakcipta dengan cara perdagangan,
mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan;
·
memiliki salinan langgaran untuk tujuan
perdagangan selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan;
membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan
perdagangan kepada orang awam;